Monday 27 February 2012

AKU SEORANG GURU


Bukan senang nak jadi seorang guru. Mungkin ada yang kata senang, kerja setengah hari, cuti banyak, masa kerja pun ada masa ruang sampai boleh buat direct selling jual tupperware, MLM, Insurans dan sebagainya tapi tak siapa yang nampak keseksaan seorang guru.

Memang best kalau tugas cikgu hanya mengajar dalam kelas, tapi sedar tak sedar, cikgu ni sememangnya multi purpose, Cikgulah yang memberi ilmu, jadi kerani menguruskan hal-hal perkeranian, sediakan fail itu ini, jadi jururawat merawat pelajar yang sakit, jadi polis menyiasat kes-kes pelajar, menanda buku dan sebagainya. Kalaulah tugas semata-mata mengajar memang tak ada masalah, tapi waktu senggang di sekolah cikgu sediakan rangcangan pengajaran, sediakan modul, buat soalan, tanda kerja pelajar disamping melaksanakan tugas-tugas khas yang lain.

Jadi cikgu ni nampak mudah bila sekali masuk kelas menggunakan seluruh minda dan tenanga, bercakap sambil berdiri dilarang duduk, melayani karenah pelajar yang pelbagai dengan jumlah yang ramai, mak bapak pun tak sanggup. setiap kali pembelajaran ada misi dan objektif yang perlu dilaksanakan, bukan masuk mengajar semata-mata. Cikgu mesti kreatif dalam pengajaran demi meningkatkan prestasi pelajar yang lembam, buta huruf, bermasalah, kurang minat belajar. semuanya perlu dicari penyelesaian. Sebab tu, bukan semua orang boleh menjadi guru, yang terpilih pun ada yang hampir menjadi gila.

Cuti.. aha cuti, Cikgu bukanlah cuti sepenuhnya. ada saja kerja yang perlu cikgu buat sepanjang cuti. Cuti sekolah hujung tahun pun masih ada yang buat kelas tambahan untuk mempersiapkan pelajar ke peperiksaan tahun hadapan. Belum lagi kira dihantar kursus ke sana sini sewaktu cuti sekolah.

FIKIRKAN 2 3 4 X SEBELUM MINTA JADI GURU




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes