Wednesday, 25 April 2012

Lawatan Dari JPN

Sk Bayas Telah dilawati oleh Pegawai JPN Selama 2 hari, bermula pada 25 April 2012 hingga 26 April 2012. Pada hari kedua pegawai tersebut telah mengadakan perjumpaan dengan semua guru dan memaklumkan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab penuh terhadap Sk Bayas. Menurut istilah di jabatan beliau merupakan Bapa Angkat untuk Sekolah ini.
Beliau turut menyentuh tentang Post Motem, menurut beliau apa yang dilakukan oleh pihak sekolah berlaku sedikit kesilapan padanya walau apa pun pihak atasan akan cuba mengurangkan beban tugas guru.
Beliau juga turut menyentuh tentang koleksi soalan, boleh dikatakan koleksi soalan pada semua Panitia adalah memuaskan tetapi masih belum dilengkapi skema jawapan. menurut beliau server yang digunakan untuk Key In Markah telah digunakan oleh 10.000 buah sekolah di Malaysia. Oleh itu, server yang disediakan oleh pihak tersebut amat lembab sekali. Guru boleh mengaccess laman tersebut pada jam 3 pagi hingga 6 pagi untuk mencapai kelajuan maksimum.


Monday, 2 April 2012

Guru bantah menteri utamakan JQAF

 MH Harun
10:51AM Nov 9, 2009
Tulisan ini dipetik dari Seorang guru yang mempersoalkan tentang kewajaran melantik guru jQaf.
Renunglah Wahai guru jQAF keberadaan Anda di sekolah.
"Budak-budak ni pagi kat sekolah belajar agama. Petang gi sekolah agama. Malam gi kelas Hikmah. Sok pagi masih kuang hajo!" demikian kata-kata seorang guru Felda.

Saya merujuk kenyataan menteri pelajaran (17 Oktober) mengenai rancangan untuk memperluaskan Program Jawi, Quran dan Fardu Ain (JQAF) ke sekolah menengah.

Tahniah tuan menteri! Beliau berjaya meneruskan tradisi "1perhimpunan agung Umno, 1usul pendidikan baru". Untungnya bakal-bakal guru JQAF!

Sudahlah berstatus di luar norma, mereka seringkali tidak dipedulikan oleh jemaah nazir atau lembaga pemantau kerana bidang tugas mereka dianggap tidak kritikal dan tidak menyumbang secara langsung ke arah pencapaian misi dan visi sekolah.

Saya sendiri hanyalah seorang guru yang menyedihkan dan jauh sekali layak daripada menerima sebarang anugerah kecemerlangan. Tetapi sekurang-kurangnya penulis ini bukan seorang ahli politik yang teringin menjadi jagoan dewan PWTC.

Terdapat banyak kos melepas dalam pelaksanaan program JQAF, apatah lagi kalau diperkenalkan di sekolah menengah. Bukankah lebih baik memperbaiki formula nisbah keperluan guru sekolah kurang murid (SKM) gred B, contohnya.

Berikut antara isu-isu lain yang lebih kritikal berbanding perluasan program JQAF:

- Pertindihan jawatan yang kronik berlaku di sekolah SKM gred B di seluruh negara. Guru-guru bergelut untuk menyiapkan kerja dan pada masa yang sama mesti menepati aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Soalannya, wajarkah ditambah bilangan guru-guru JQAF berbanding guru am biasa bagi mengisi jawatan seperti guru data, setiausaha peperiksaan, atau penyelaras teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)?

- Ketidakseimbangan taburan pilihan di sekolah-sekolah berlaku setiap tahun akibat pertukaran, kenaikan pangkat, persaraan, dan kematian guru. Pihak pentadbiran sekolah mengalami masalah dalam pengurusan panitia, pelaksanaan program kecemerlangan, dan menghantar wakil sekolah untuk kursus dalam perkhidmatan.

Soalan saya, bolehkah guru-guru JQAF mengepalai atau setidak-tidaknya menjadi ahli jawatankuasa panitia lain dalam menangani masalah ini?

- Pengurusan disiplin murid merupakan masalah kritikal di kebanyakan sekolah naungan bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Soalan: Bolehkah lebihan guru-guru JQAF dilantik menjadi guru disiplin atau bimbingan dan kaunseling yang hakiki di sekolah-sekolah ini?

- Program pensiswazahan guru sekolah rendah kurang mendapat sambutan kerana faktor umur dan ekonomi. Umur persaraan dinaikkan kepada 58 tahun. Guru JQAF adalah lepasan ijazah gred gaji DG41. Tidak wujud status guru besar DG 44 bagi guru siswazah yang dinaikkan pangkat secara berasaskan masa (time-based).

Soalannya, di manakah letaknya kedudukan guru-guru JQAF kumpulan pertama pada lima tahun akan datang?

- Boleh dikatakan setiap kali seorang pegawai pelajaran daerah baru dilantik, sistem fail akan berubah. Fail-fail perkara baru dibuka sepanjang tahun. Berlaku juga dua fail dengan perkara yang sama dibuka oleh dua guru pada masa yang berlainan.

Pembantu tadbir dan pembantu am pejabat sudah tidak larat menguruskan fail-fail sekolah.

Soalan: Di antara pembantu pentadbiran tambahan dan guru JQAF baru, siapa lebih penting? Siapa lebih kos-efektif? Siapa lebih praktikal?

- Akta Pendidikan 1996 tidak memperuntukkan guru pemulihan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris sedangkan ia seringkali dianggap sebuah "subjek pembunuh".

Wajarkah ditambah bilangan guru JQAF berbanding pengenalan guru pemulihan Bahasa Inggeris?

- Pelaksanaan selama lima tahun menyaksikan bilangan guru-guru JQAF bertambah di sekolah-sekolah.

Mereka dianggap gagal menyelesaikan masalah-masalah seperti di atas kerana status mereka sebagai guru luar norma dan bidang tugas yang tidak menyumbang kepada pencapaian misi dan visi sekolah secara langsung.

Soalan: Wajarkah diperluaskan progam JQAF ke sekolah menengah?

Sebarang usul pendidikan sekolah kerajaan haruslah menguntungkan semua golongan dan bukannya yang beragama Islam sahaja.

Bukannya saya tidak mengiktiraf kebaikan mempelajari ilmu jawi, al-Quran dan fardu ain.

Akan tetapi selama ini wujud premis-premis seperti sekolah agama dan masjid yang cukup mampu untuk menyampaikan ilmu-ilmu tersebut. Tambahan pula bukannya tidak wujud guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah sebelum ini.

Selesaikanlah dahulu masalah kritikal harian sekolah sebelum meng-Umno-kan Falsafah Pendidikan Kebangsaan!

Lawatan Nazir

Sk Bayas  telah dilawati oleh Nazir selama tiga hari bermula 02 03 2012 hingga 05 03 2012. tujuan lawatan adalah untuk menjamin kualiti dari segi pentadbiran dan Pnp. Melalui tinjauan yang dilakukan semua guru telah bersedia menerima kunjungan dari Nazir, Hari kedua lawatan tersebut Nazir telah meminta semua guru menghantar buku rekod mengajar untuk disemak oleh mereka. tepat jam sepuluh semua buku rekod mengajar telah siap dikumpulkan dibilik mesyuarat.

Saturday, 31 March 2012

31 Mac 2012 - Sk Bayas sekali lagi diumumkan menjuarai 3 acara dalam pertandingan Azan, Tilawah Lelaki, dan hafazan Guru besar mengumumkan kejayaan ini dengan penuh semangat dan mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah.

Sunday, 18 March 2012


 
Sk Bayas telah muncul sebagai juara baru bagi tahun 2012 dengan mendapat tujuh emas dan tiga perak dan gangsa... Sk Bayas telah mengatasi 21 buah Sekolah Rendah di Langkawi. Sk Seri Negeri selaku juara tahun lalu tidak dapat mempertahankan kejuaraannya serta akur dengan kekuatan barisan Atlet Sk Bayas.

          Kejayaan tersebut telah disiarkan dalam berita Sinar dan Harian Metro. Guru besar dalam ucapan pembukaan sekolah selepas cuti penggal pertama terus memberikan kata semangat dan ingin kejayaan dibidang Kokurikulum diteruskan dalam kejayaan kurikulum khususnya UPSR.

Sk bayas juga muncul tempat ke tiga dalam acara perbarisan. Kesungguhan guru-guru memainkan peranan utama dalam apa jua pertandingan yang diadakan diperingkat Langkawi atau Negeri. Sokongan pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan terus menyuntik semangat untuk terus berjaya. Terima Kasih Warga Sk Bayas.

Friday, 2 March 2012

GOTONG ROYONG












 SK BAYAS 03 02 2012 telah mengadakan gotong-royong besar besaran selepas lawatan kurikulum berkualiti. semua bilik khas dikemaskini, bilik rawatan, bilik sains, bilik guru dan lain-lain. tugas yang diamanahkan kepada guru dan murid dijalankan dengan penuh didikasi.

Syabas untuk guru dan semua murid SK BAYAS.

Wednesday, 29 February 2012

Sk Bayas 29 / 02 / 2012 SKB telah mengadakan program motivasi pelajar tahun 6 bersama waris yang dikendalikan oleh Oleh Al fadhil Ustaz Ramli. Beliau merupakan mantan Pengetua SMA Yan, Kedah. Program ini mendapat sambutan hangat oleh waris SKB.
     Tinjauan yang dilakukan oleh kami mendapati Waris pelajar amat berpuas hati dengan nasihat yang beliau sampaikan dapat membangkit semangat juang pelajar untuk merealisasikan SKB setanding dengan Sk disekitar langkawi.
     Penyampaian beliau yang mantap mampu membuka hati pendengar sehingga menitiskan air mata penyesalan serta melonjak keinginan untuk terus berjaya. Guru-guru sentiasa mendoakan agar kejayaan terus menjadi milik kita bersama.


 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes